19 Apr 2020

Oleh Aufa Mardhiah

 

Berita gembira buat pelajar Bumiputera yang bercita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa, City University telah dipilih oleh MARA menjadi sebahagian dari Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2020) untuk membantu anda.

Apa itu Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2020)? Ia adalah satu program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah MARA untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih bagi sesi kemasukan Tahun 2020. Program ini juga dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama.

Sumber Gambar: MyKKTMku Kuantan

 

Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian di Portal MARA melalui pautan https://www.mara.gov.my/ bermula dari 13 April 2020 (Isnin), 10.00 pagi hingga 4 Mei 2020 (Isnin), 12.00 tengahari. Pemohon perlu menepati syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, pihak MARA berhak pada bila-bila masa sahaja menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat akademik yang ditetapkan adalah pemohon perlu mendapat CGPA ≥ 2.50 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf. Pemohon juga perlu mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu dan lulus subjek Sejarah di peringkat SPM. Manakala kelayakan akademik bagi program perubatan, pergigian dan farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh badan-badan professional.

 

Syarat Umum:

  • Pemohon serta salah seorang ibu ata bapa bertaraf Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Melepasi syarat kelayakan SES yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM180, 000 setahun.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
  • Belum pernah menerima pinjaman pelajaran MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  • Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

 

Fokus Bidang Utama Bagi Program Pinjaman Pelajaran:

  1. Kejurutraan & Persekitaran
  2. Pemasaran, Pengurusan dan Perniagaan
  3. Rekabentuk Kreatif
  4. Teknologi Maklumat & Sains Komputer
  5. Senibina Profesional
  6. Perakaunan & Kewangan
  7. Sains Perubatan
  8. Food Security
  9. Pengangkutan - Rekabentuk Kenderaan & Kejuruteraan

 

Pencapaian pelajar-pelajar di CITYU juga merupakan sesuatu yang membanggakan, diantaranya adalah pencapaian terbesar sumbangan pingat emas kategori IPTS Malaysia oleh Andreas Gouthaman A/L Kanabathy dalam SIPMA oleh Majlis Sukan IPTS Malaysia.

 

Sumber Gambar: Andreas Gouthaman

 

Malah, CITYU juga telah mengambil inisiatif dengan menghantar salah seorang pelajar dari bidang Reka Bentuk Dalaman, Sharifah Mohamad ke Asian Young Designer Award 2019 dan beliau berjaya memenangi pingat emas sekaligus menewaskan wakil dari institutsi pengajian tinggi yang lain.