01 Apr 2020

Oleh Aufa Mardhiah

 

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pejabat Pusat Perhubungan Negeri Sabah kerana sudi mencari dana bantuan sebanyak RM100 untuk setiap pelajar kelahiran Sabah di City University ekoran Perintah Kawalan Pergerakan.

Sumber gambar: Instagram borneocityumalaysia

 

Pusat Perhubungan Negeri Sabah cawangan Kuala Lumpur bertanggungjawab menghubungkan permasalahan dan kebajikan penduduk peribumi Sabah yang berada di sekitarnya. Justeru itu, kami amat menghargai keprihatinan pihak mereka.

Sumber gambar: Instagram borneocityumalaysia

 

Kebanyakan anak kelahiran di bawah bayu ini terkandas di asrama pelajar dan menyebabkan kerisauan ibu bapa mereka sementelah Kes Covid-19 yang kebanyakannya berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Sumber gambar: Instagram borneocityumalaysia

 

Diharapkan secebis sumbangan ini dapat dimanfaatkan dan membantu meringankan kos sara hidup pelajar seiring dengan masalah kekurangan stok makanan yang berlaku.

 

"taganak Sabah id sodu jagawon ie kasari"

"Jan luan risau terjaga jua anak kitak"

 

Makasih, Pusat Perhubungan Negeri Sabah !