20 May 2020

Oleh Aufa Mardhiah

 

Ketika kita menghampiri perayaan Hari Raya Aidilfitri, sudah tentu ramai yang bersibuk untuk menyiapkan biskut Raya lebih-lebih lagi sekarang kerana kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Walaupun kawalan pergerakan sudah dilonggarkan sedikit, seeloknya jika kita tinggal di rumah dan membakar kuih Raya sendiri.

Source: Houzz

Sebelum ini kami sudah berkongsi resepi kuih Cara Berlauk sebagai juadah berbuka puasa, kali ini kami akan kongsikan pada anda resepi Biskut Almond Crisp oleh Cef Rachel dari Faculty of Hospitality and Tourism Management (FOHAT).

 

Source: Chef Rachel

 

Ramuan:

Tepung serbaguna                          120g

Gula kastor                                      80g

Serbuk badam                                 80g

Baking soda                                     3g

Baking powder                       3g

Minyak masak                                 75ml

Kuning telur untuk saduran           1 biji

 

 

 

Langkah-langkah:

  1. Panaskan oven pada suhu 170⁰C.
  2. Masukkan tepung serbaguna, gula kastor, serbuk badam, baking soda dan serbuk penaik ke dalam bekas.
  3. Menggunakan aksesori pemukul rata, campurkan bahan kering pada kelajuan rendah.
  4. Perlahan-lahan masukkan minyak dan terus kacau sehingga adunan lembut terbentuk yang mampu menahan bentuknya dan tidak mudah hancur.
  5. Tambahkan lebih banyak minyak hanya jika perlu apabila adunan tidak bercampur sepenuhnya.
  6. Bentukkan doh biskut menjadi satu bulatan kecil beranggaran 5g setiap satu.