18 May 2020

Oleh Aufa Mardhiah

 

Kurang dari satu minggu sahaja lagi bulan Ramadan akan meninggalkan kita dan pastinya ramai yang akan merindui kehadiran bulan yang mulia ini. Seperti di setiap bulan puasa, pastinya juadah berbuka puasa yang akan menjadi idaman setiap yang berpuasa. Memandangkan tahun 2020 kita tidak dapat melihat kemeriahan juadah berbuka di bazar Ramadan maka pasti sahaja ada lauk atau kuih yang kita ingini gagal untuk kita dapatkan.

Sumber: Flickr

Jangan risau dan jangan bersedih. Dengan perkongsian Cef Rachel dari Faculty of Hospitality and Tourism Management (FOHAT), kami persembahkan pada anda resepi Kuih Talam Berlauk untuk memikat selera berbuka anda.

Sumber: Chef Rachel

 

Sumber: Flickr

 

Resepi Adunan

Tepung serbaguna                          75g

Telur gred A                                     1 biji

Santan                                              165ml

Minyak jagung                                 1 sudu besar

Garam                                              ¼ sudu kecil

Serbuk kunyit                                  1 sudu kecil

 

Sumber: travellingfoodies

 

Resepi Inti

Minyak masak                                   2 sudu besar

Daging cincang                                 100g

Bawang merah, dicincang              3 biji

Bawang putih, dicincang                4 ulas

Kicap manis                                      1 sudu kecil

Garam                                               ¼ sudu kecil

 

 

Bahan Hiasan

Daun bawang, dicincang

Cili Merah

 

Sumber: Nona

 

Langkah-langkah:

  1. Campurkan semua bahan adunan dan kacau dengan lembut. Kemudian tapis adunan tersebut. Biarkan ia berehat.
  2. Untuk inti, panaskan 2 sudu besar minyak goreng dalam kuali, tumis bawang merah dan bawang putih cincang. Masukkan daging cincang dengan kicap manis dan garam kemudian terus tumis. Ketepikan.
  3. Panaskan acuan Kuih Cara dengan api kecil di atas dapur gas. Apabila acuan panas, griskan rongga acuan dengan minyak masak supaya kuih tidak melekat pada acuan.
  4. Sudukan adunan ke dalam acuan sehingga sekurang-kurangnya 90% penuh, masak satu bahagian hingga sedikit mengeras, kemudian sudukan daging cincang yang sudah dimasak ke tengah bahagian untuk setiap adunan. Hiaskan dengan daun bawang dan cili merah di atas kuih dan biarkan masak hingga kekuningan. Keluarkan kuih dengan lidi kayu.

 

 

Peralatan yang digunakan:

  1. Acuan Kuih Cara
  2. Berus
  3. Jag pengukur
  4. Mangkuk
  5. Spatula kayu
  6. Kuali
  7. Skala penimbang

 

Sumber: FriedChillies

 

  Nota:

  1. Resipi ini menggunakan santan segar 165ml. Sekiranya anda ingin menggunakan santan komersial di dalam kotak, anda boleh memilih untuk menggunakan santan 120ml dari kotak seperti Kara dan M&S ditambah dengan 45ml air. Ini kerana jenama ini mempunyai agen pemekat dan cenderung mempunyai tekstur yang lebih tebal dan boleh mempengaruhi nilai produk jika tidak disiram.

 

Pastikan anda cuba resepi mudah ini di rumah dan jangan lupa untuk tag kami pada posting media sosial anda.