29 Apr 2020

 

Shah Alam 28 April 2020 – City University merupakan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta yang berpusat di Petaling Jaya telah menyumbang Facemask kepada anggota keselamatan negara iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Selangor, Shah Alam. 

Sumber: Nik Ahmad Fitri

Sumbangan yang diberikan adalah merupakan barang keperluan yang sangat penting bagi mana-mana petugas barisan hadapan, yang mana dapat membantu mereka yang bertugas di barisan hadapan bagi mengelakkan jangkitan Covid-19 semasa menjalankan tugas. Permintaan untuk Facemask ini adalah sangat terhad pada ketika ini. Oleh itu, Pihak Pengurusan City University mengambil inisiatif untuk memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan khususnya kepada Pihak PDRM.

City University memilih PDRM adalah kerana ia merupakan antara badan terpenting dan berada di barisan hadapan dalam menjaga keamanan negara dan kelancaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha menangani penularan Covid-19.

Sumber: Nik Ahmad Fitri

PDRM telah banyak memberikan pengorbanan demi keselamatan dan mereka mudah terdedah dengan masalah kesihatan demi memastikan orang awam patuh kepada PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengorbanan ini dilakukan demi menjaga keselamatan dan keamanan negara. Meskipun Facemask ini menghalang wajah mereka untuk dikenali, tetapi tidak pada jasa mereka. Jasa PDRM akan sentiasa diingati oleh rakyat Malaysia khususnya pelajar City University yang telah banyak dibantu oleh PDRM.

Penyerahan Facemask ini telah disampaikan oleh wakil City University iaitu En. Nik Ahmad Fitri bin Nik Azman, Pengurus Pembangunan Sektor Korporat kepada Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin disaksikan oleh Asisten Komisioner Ketua Jabatan Logistik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Zakaria Bin Ismail pada 28 April 2020 jam 12.30 tengahari bertempat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Sumber: Nik Ahmad Fitri

Dengan menjaga social distancing, penyerahan ini dilakukan tanpa ada majlis khas malah diserahkan dengan sepantas mungkin demi menjaga dan memastikan penyebaran Covid-19 tidak berlaku.

Pihak City University berharap sumbangan yang bernilai RM37,500.00 ini dapat digunakan dan dimanafaatkan oleh petugas keselamatan negara kita. Semoga pegawai keselamatan negara yang bertugas terhindar daripada penularan wabak Covid-19 dan sekaligus dapat menghentikan penularan wabak ini. Diharap pegawai-pegawai polis dan pegawai keselamatan negara kita terus cekal dalam mengharungi tugasan yang mencabar ini.

Sumber: Nik Ahmad Fitri

Warga kerja dan pelajar-pelajar City University mendoakan keselamatan semua dan berharap rakyat Malaysia terus cekal dalam menghadapi dugaan.